Piala Thomas
Kejohanan Piala Thomas adalah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini diadakan dua tahun sekali. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama Presiden IBF Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. kejohanan pertama diadakan di Queen’s Hall, Preston, England. Malaysia pada ketika itu dikenali sebagai Malaya telah memenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskan Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dari Asia. Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China sebanyak enam kali dan Malaysia lima kali. Manakala Denmark yang berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak lapan kali namun belum pernah sekali pun memenangi kejohanan ini. Bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Namun mulai tahun 1984 kejohanan ini telah diadakan setiap dua tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber di lokasi dan masa yang sama. Pusingan kalah mati yang akan menentukan juara dalam lima perlawanan iaitu tiga perseorangan dan 2 beregu pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi tiga perlawanan pertama akan mara ke pusingan berikutnya. Piala Uber Piala Uber ialah sebuah trofi yang dianugerahkan kepada pasukan badminton wanita terbaik dunia. Piala ini didermakan oleh H.S. Uber, seorang pemain badminton wanita dari England pada tahun 1956-1957. Piala Uber adalah kejohanan badminton bagi berpasukan wanita. Pertandingan Piala Uber yang pertama diadakan di Lytham St. Annes di Lancashire, Britain pada tahun 1957. hal ini timbul kerana desakan supaya dianjurkan satu kejohanan antarabangsa untuk wanita seperti Piala Thomas. Pasukan dari Amerika Syarikat telah memenangi kejohanan pertama selepas menewaskan Denmark 6-1 pada perlawanan akhir. Hanya empat negara sahaja yang berjaya memenangi Piala Uber iaitu Amereka Syarikat, Jepun, China dan Indonesia. Piala Sudirman Piala Sudirman ialah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Bulu Tangkis Indonesia ( PBSI). Kejohanan pertama diadakan di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-29 Mei 1989. Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini buat pemain. Mereka bermain bagi menaikkan nama negara yang diwakili untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking IBF. Indonesia merupakan negara pertama yang mencadangkan penubuhan kejohanan ini pada tahun 1986. Sepanjang kejohanan ini berlangsung Cuma lima negara yang berjaya mara ke perlawanan separuh akhir iaitu China, Indonesia, Korea Selatan, Denmark dan England. Pasukan China paling banyak memenangi piala ini pada tahun 1995, 1997, 1999, 2001, 2005 dan 2007. Korea Selatan memenangi piala ini sebanyak tiga kali pada tahun 1991, 1993 dan 2003. Indonesia pula hanya menang pada tahun 1989. Piala ini tidak pernah dimenangi oleh negara lain selain dari Asia. Format Piala Sudirman Piala Sudirman merupakan kejohanan antarabangsa yang tidak memerlukan pusingan kelayakan. Pertandingan ini dibahagi kepada tujuh kumpulan. Hanya pasukan dari kumpulan pertama sahaja yang berpeluang untuk membawa pulang Piala Sudirman sementara pasukan dari kumpulan yang lain hanya bermain dalam kejohanan ini untuk tujuan promosi sahaja. Mana-mana pasukan yang mengutip mata terendah untuk setiap kumpulan akan disingkirkan. |